Sambutan Mauliduurasul Pejabat Kadhi Daerah Johor Bahru
Written by Wan Mohamad Malini Wan Ahmad
Read more: Sambutan Mauliduurasul Pejabat Kadhi Daerah Johor Bahru
Majlis Khatam Al Quran JISADANI
Written by Wan Mohamad Malini Wan AhmadAhad 27 Jun 2010 , bertempat di Balai Besar Al Jenderami berlangsungnya Majlis Khatamul Quran pelajar Pusat Kecemerlangan Insan JISADANI . Majlis ini dianjurkan untuk meraikan para pelajar JISADANI seramai 69 orang yang berjaya mengkhatamkan Al Quran. Ramai ibubapa pelajar dan tetamu hadir pada majlis tersebut. Pada majlis itu juga diadakan program penyerahan anak angkat pelajar JISADANI dengan keluarga angkat ahli muzakarah yang terpilih. Selain itu juga diadakan perjumpaan Persatuan Ibubapa PKIJ bagi menjelaskan peranan ibubapa dalam aktiviti-aktiviti pelajar JISADANI dan betapa pentingnya penglibatan ibubapa. Majlis diselangi dengan bacaan khatam Quran pelajar JISADANI , qasidah dan tausiyah serta doa dari Al Fadhil Tuan Guru Hj. Mohd Hafidz b. Selamat.
Kunjungan Silaturrahmi Pondok Babussalam ke Yayasan Al Jenderami
Written by abuhosen Jumaat 11 Jun 2010 , Yayasan Al Jenderami telah dikunjungi oleh rombongan para pelajar lelaki dan perempuan dari Pondok Darussalam , Kuala Terengganu. Rombongan seramai 40 orang ini diketuai oleh Ustadz Khalid b. Abdul Rahman iaitu anak kepada Almarhum Baba Abdul Rahman seorang ulama' besar Terengganu yang sering hadir pada Majlis Maulidurrasul Kubro dan Ijtima' Ulama yang di adakan di Al Jenderami.
Rombongan diberi taklimat tentang aktiviti yayasan dan sessi bertukar-tukar pandangan tentang institusi pondok. Rombongan juga dibawa melihat sekitar kompleks dan ziarah silaturrahim warga emas yayasan.
Kunjungan Tengku Puteri Hjh Arafiah serta rombongan LKPIM
Written by Wan Mohamad Malini Wan Ahmad
Makkassar Sulawesi 2010
Written by AdministratorMakassar Trip
Waktu solat Makassar
Subuh |
Syuru’ |
Zohor |
Asar |
Maghrib |
Isya’ |
4:51 |
6:01 |
12:00 |
3:21 |
5:58 |
7:05 |
Pertukaran wang : 1 juta Rupiah Indonesia = RM 365.00
Jumaat 30hb April 2010
11:00 pagi Para peserta rombongan sampai di LCCT. Pihak pengurusan mula membuat pengurusan ‘check-in’. Kehadiran peserta Warga Emas seramai 16 orang sememangnya diraikan oleh WE Al Jenderami di mana mereka dibekalkan dengan kuih lapis, pisang goreng, kuih koci dan lain-lain lagi.
11:40 Mula menunggu di hadapan gate. Tn Hj Amini bersembang-sembang dengan Saudara Malek Noor.
1:10 Mula menaiki pesawat. Peserta amat berhati-hati kerana mahu menjaga wudhu’ masing-masing memandangkan akan solat Jama’ Takdim semasa penerbangan nanti. Penerbangan amat tenang dan Alhamdulillah take-off serta landingnya lancar sekali. Peserta telah dihidang Nasi Bukhari Buryani yang telah ditempah awal.