Majlis Khatam Quran

Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan suatu program yang dijalankan untuk  memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam Al-Quran. Dahulunya, majlis seumpama ini merupakan satu budaya di dalam kehidupan masyarakat melayu Islam di Nusantara.
Namun di zaman mutakhirin ini, budaya ini kian lenyap dek arus zaman kemodenan, dimana masyarakat Melayu Islam sudah tidak lagi menghargai tuntutan Islam dan tidak menjadikan pelajaran agama sebagai keutamaan dalam kehidupan keluarga terutamanya anak-anak generasi baru.
Majlis ini diadakan di Pusat Kecemerlangan Insan Al-Jenderami  bagi menghimpunkan semua pelajar yang telah khatam Al-Quran dalam suasana yang ceria, harmoni dan meriah ke arah meningkatkan minat dan kecintaan kepada kitab suci Al-Quranul Karim serta mengembalikan tradisi budaya Masyarakat Melayu Islam.
Besarnya harapan kami agar program ini dapat menjadi satu suntikan semangat kepada pelajar yang telah khatam Al-Quran agar memperhalusi, mendalami dan menjadikan bacaan Al-Quran itu sebagai amalan harian. Disamping itu juga program ini diharapkan dapat menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar lain agar mencontohi dan bersungguh-sungguh di dalam pembacaan Al-Quran.
Bagi menyambut seruan Al-Fadhil Sheikh Muhd Hafidz b. Hj Selamat iaitu Penasihat Yayasan Al-Jenderami (YAJ) dan Mudir Madrasah  Al-Jenderami  serta  pengasas JISADANI, para pendidik JISADANI telah bertungkus-lumus mengajar para pelajar untuk mahir membaca Al-Quran, setiap hari bermula jam 7.30 hingga 9.00 pagi dari hari Isnin hingga Jumaat.
Tenaga pengajarnya terdiri guru-guru JISADANI, ahli muzakarah seperti yang berbahagia Tuan Haji Hasan b. Ibrahim seorang bekas Guru Besar berusia 75 tahun yang sangat berpengalaman, berasal dari negeri ‘Hang Tuah’, ahli qariah seperti  Tuan Haji Mat Nor dan Tuan Haji Halimi b. Nayan serta para pelajar Madrasah Lil Banat Sayidatina Nafisah Al-Jenderami.
Alhamdulillah pada 27 Jun 2010, pihak JISADANI telah julung-julung kalinya menganjurkan majlis khatam Al-Quran kali pertama yang melibatkan seramai 69 orang pelajar-pelajar JISADANI yang telah khatam Al-Quran sejak 1 tahun pengajian Al-quran pada sessi pagi diperkenalkan.

Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan suatu program yang dijalankan untuk  memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam Al-Quran. Dahulunya, majlis seumpama ini merupakan satu budaya di dalam kehidupan masyarakat melayu Islam di Nusantara.Namun di zaman mutakhirin ini, budaya ini kian lenyap dek arus zaman kemodenan, dimana masyarakat Melayu Islam sudah tidak lagi menghargai tuntutan Islam dan tidak menjadikan pelajaran agama sebagai keutamaan dalam kehidupan keluarga terutamanya anak-anak generasi baru.Majlis ini diadakan di Pusat Kecemerlangan Insan Al-Jenderami  bagi menghimpunkan semua pelajar yang telah khatam Al-Quran dalam suasana yang ceria, harmoni dan meriah ke arah meningkatkan minat dan kecintaan kepada kitab suci Al-Quranul Karim serta mengembalikan tradisi budaya Masyarakat Melayu Islam.Besarnya harapan kami agar program ini dapat menjadi satu suntikan semangat kepada pelajar yang telah khatam Al-Quran agar memperhalusi, mendalami dan menjadikan bacaan Al-Quran itu sebagai amalan harian. Disamping itu juga program ini diharapkan dapat menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar lain agar mencontohi dan bersungguh-sungguh di dalam pembacaan Al-Quran.

Bagi menyambut seruan Al-Fadhil Sheikh Muhd Hafidz b. Hj Selamat iaitu Penasihat Yayasan Al-Jenderami (YAJ) dan Mudir Madrasah  Al-Jenderami  serta  pengasas JISADANI, para pendidik JISADANI telah bertungkus-lumus mengajar para pelajar untuk mahir membaca Al-Quran, setiap hari bermula jam 7.30 hingga 9.00 pagi dari hari Isnin hingga Jumaat. Tenaga pengajarnya terdiri guru-guru JISADANI, ahli muzakarah seperti yang berbahagia Tuan Haji Hasan b. Ibrahim seorang bekas Guru Besar berusia 75 tahun yang sangat berpengalaman, berasal dari negeri ‘Hang Tuah’, ahli qariah seperti  Tuan Haji Mat Nor dan Tuan Haji Halimi b. Nayan serta para pelajar Madrasah Lil Banat Sayidatina Nafisah Al-Jenderami.  Alhamdulillah pada 27 Jun 2010, pihak JISADANI telah julung-julung kalinya menganjurkan majlis khatam Al-Quran kali pertama yang melibatkan seramai 69 orang pelajar-pelajar JISADANI yang telah khatam Al-Quran sejak 1 tahun pengajian Al-quran pada sessi pagi diperkenalkan.

lihat album