MauliduRasul s.a.w

21-23 Dis 2017 

 

 

 
 
 
 
 
 
 

Sumbangan atas-talian

maybankLogo

 

  Sebarang pertanyaan,
  sila hubungi
  Email:
    info@aljenderami.com.my
  Tel: +603-87680200
  Fax: +603-87680201
  Hubungi Kakitangan

Pusat Kecemerlangan

LATARBELAKANG

Kehadiran Pusat Kecemerlangan Insan Al-Jenderami (PKIJ) di tengah-tengah masyarakat ini adalah hasil dari cetusan hati dan pemikiran Tuan Guru Hj. Mohd. Hafidz bin Hj. Selamat yang merasakan sudah sampai masanya kita harus menyusun kemas kemudahan pendidikan anak-anak di sini dan sekitarnya.

Penyusunan kemudahan dan program pendidikan rendah dan tinggi ini bagaimana pun hanyalah satu permulaan kepada satu gagasan yang lebih besar dalam usaha pembangunan ummah, khususnya umat Melayu hari ini.

PKIJ ini diibaratkan sebagai sebuah kota ilmu bagi pentarbiyahan sahsiah dan akhlak mulia sebagaimana yang dianjurkan Rasulullah berteraskan Al-Quran dan sunnahnya merentasi setiap peringkat umur insan-insan yang cekal dan yakin dengan usaha ini.

 

Wawasan & Matlamat

Penubuhan semua program dan kemudahan penyebaran ilmu yang bakal di bangunkan ini adalah berteraskan satu pendekatan atau satu penghayatan disiplin yang diwarwarkan oleh T.G. sendiri dengan kata ringkasnya JISADANI - mengambil sempena nama seorang pendekar dan panglima perang handalan dari Pulau Jawa yang bersemangat waja tapi berhati mulia yang berjuang untuk bangsa, ugama dan tanah airnya.


KEPERLUAN

Sesungguhnya semangat JISADANI yang bakal dihayati oleh generasi pelajar kini mampu menyemai dan menyemarakkan patroitisma Melayu yang sememangnya dianjurkan oleh Islam iaitu ‘hubbul watan’ atau kasih kepada tanah air atau Negara. Islam tidak pernah menafikan mana-mana bangsa dari menyemai semangat kebangsaan dan menyayangi tanah tumpah darahnya. Malah mempertahankan Tanah Air dan agama Islam adalah ‘jihad’. Dengan berterasakan semangat JISADANI dan persaudaraan serumpun bangsa Melayu Nusantara, para pelajar akan pastinya dapat menghayati patroitisma Kebangsaan Melayu Islami dan tidak akan lupa akan asal usulnya.

Anak-anak JISADANI juga tidak harus lupa akan perjuangan wira-wira negara menentang penjajahan British seperti Tok Janggot, Tok Bahaman, Mat Kilau, Dato Maharaja Lela di Perak.

Malah di Negara Indonesia juga sama. Nama-nama seperti Pattimura, Diponegoro dan Imam Bonjol yang menentang penjajah Belanda di awal kurun ke-19.

Pahlawan JISADANI Al-Jenderami patut mengetahui semua sejarah ini barulah mereka semua dapat menghayati apa yang dimaksudkan dengan semangat patriotis, perjuangan dan pengorbanan.

Apa pun yang paling penting di sini ialah kecekalan, kegigihan, pengorbanan, keperwiraan dan keimanan dan ketakwaan mereka terhadap agama Allah.

 

CIRI-CIRI PKIJ

Insyallah Pusat ini akan berikhtiar memakmur dan menyemarakan kembali tinggalan tamadun Melayu Islami masa silam tapi disesuaikan dengan pelbagai kemajuan terkini mencakupi bidang bahasa Melayu, kesenian dan cara hidup orang Melayu khususnya penggunaan tulisan Jawi dan tulisan khat, pengajian kitab-kitab lama karangan ulama-ulama tersohor, pembentukan budaya keluarga Islam terutama dalam adat istiadat perkahwinan, mentahnik dan mencukur rambut dan memberi nama anak yang baru lahir, majlis khatam Al-Quran dan upacara berkhatan serta menyemarakkan semangat gotong royong khususnya ketika kenduri kendara. Tidak ketinggalan juga keupayaan dayacipta rekaan Batik dan ukiran. Apa pun anak Melayu tak akan menyisih adat resam, tata-susila dan akhlak Melayu yang banyak diperagakan melalui pantun, syair dan gurindam agar orang Melayu tak lupa asal usulnya.

Sebenarnya ketamadunan Melayu berakar-umbi melalui ajaran Islam, seperti hormat pada ibubapa, orang-orang tua, alim ulama, dan raja-raja Melayu. Apa yang kita nikmati hari ini adalah legasi dari ajaran Islam sejak zaman berzaman. JISADANI pastinya mampu menghidupkan kembali nilai-nilai yang hampir lenyap ditelan zaman.

 

HARAPAN KAMI

Semoga kehadiran PKIJ berpandukan semangat JISADANI di tengah-tengah masyarakat Malaysia dengan beberapa kelainannya diharapkan dapat mencetuskan perubahan positif dalam menerapkan sifat-sifat terpuji berteraskan sunnah Rasulullah dan budaya Islami dan Melayu di kalangan pelajar-pelajarnya, disamping mempertingkatkan daya kepimpinan dan ilmuannya bagi memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

Program Anak Angkat  JISADANI
Alhamdulillah pada 27 Jun 2010, pihak JISADANI telah melancarkan program Anak Angkat & ‘Home Room’ .  Program ini adalah cetusan idea Timbalan Pengerusi  Yayasan Al-Jenderami (YAJ) yang juga Pengarah Besar JISADANI iaitu Dato’ Dr. Haji Jamaluddin Bin Abd Hamid . Anak-anak angkat ini terdiri dari 35 orang anak yatim di bawah seliaan , 6 orang dari kalangan anak-anak ahli muzakarah dan 3 orang anak-nak ahli qariah Al-Jenderami. Manakala ayah-ayah angkatnya terdiri dari Ahli ‘New Management Team’ YAJ dan bapa-bapa dari Kelab Penyokong JISADANI.
Tujuan utama program ini adalah :
i. Menggalakkan penglibatan aktif para bapa-bapa dalam pembentukan dan pembangunan diri para pelajar  JISADANI.
ii. Mengukuhkan rasa prihatin keluarga JISADANI  terhadap kebajikan para pelajar
iii. Memberi  ruang kepada  Kelab Penyokong JISADANI untuk menerajui dan memantau program-program  pembinaan diri pelajar
iv. Mengukuhkan ukhuwah dalam keluarga besar JISADANI

Alhamdulillah pada 27 Jun 2010, pihak JISADANI telah melancarkan program Anak Angkat & ‘Home Room’ .  Program ini adalah cetusan idea Timbalan Pengerusi  Yayasan Al-Jenderami (YAJ) yang juga Pengarah Besar JISADANI iaitu Dato’ Dr. Haji Jamaluddin Bin Abd Hamid . Anak-anak angkat ini terdiri dari 35 orang anak yatim di bawah seliaan , 6 orang dari kalangan anak-anak ahli muzakarah dan 3 orang anak-nak ahli qariah Al-Jenderami. Manakala ayah-ayah angkatnya terdiri dari Ahli ‘New Management Team’ YAJ dan bapa-bapa dari Kelab Penyokong JISADANI.Tujuan utama program ini adalah :

i. Menggalakkan penglibatan aktif para bapa-bapa dalam pembentukan dan pembangunan diri para pelajar  JISADANI.
ii. Mengukuhkan rasa prihatin keluarga JISADANI  terhadap kebajikan para pelajar
iii. Memberi  ruang kepada  Kelab Penyokong JISADANI untuk menerajui dan memantau program-program  pembinaan diri pelajar
iv. Mengukuhkan ukhuwah dalam keluarga besar JISADANI

lihat album

Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan suatu program yang dijalankan untuk  memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam Al-Quran. Dahulunya, majlis seumpama ini merupakan satu budaya di dalam kehidupan masyarakat melayu Islam di Nusantara.
Namun di zaman mutakhirin ini, budaya ini kian lenyap dek arus zaman kemodenan, dimana masyarakat Melayu Islam sudah tidak lagi menghargai tuntutan Islam dan tidak menjadikan pelajaran agama sebagai keutamaan dalam kehidupan keluarga terutamanya anak-anak generasi baru.
Majlis ini diadakan di Pusat Kecemerlangan Insan Al-Jenderami  bagi menghimpunkan semua pelajar yang telah khatam Al-Quran dalam suasana yang ceria, harmoni dan meriah ke arah meningkatkan minat dan kecintaan kepada kitab suci Al-Quranul Karim serta mengembalikan tradisi budaya Masyarakat Melayu Islam.
Besarnya harapan kami agar program ini dapat menjadi satu suntikan semangat kepada pelajar yang telah khatam Al-Quran agar memperhalusi, mendalami dan menjadikan bacaan Al-Quran itu sebagai amalan harian. Disamping itu juga program ini diharapkan dapat menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar lain agar mencontohi dan bersungguh-sungguh di dalam pembacaan Al-Quran.
Bagi menyambut seruan Al-Fadhil Sheikh Muhd Hafidz b. Hj Selamat iaitu Penasihat Yayasan Al-Jenderami (YAJ) dan Mudir Madrasah  Al-Jenderami  serta  pengasas JISADANI, para pendidik JISADANI telah bertungkus-lumus mengajar para pelajar untuk mahir membaca Al-Quran, setiap hari bermula jam 7.30 hingga 9.00 pagi dari hari Isnin hingga Jumaat.
Tenaga pengajarnya terdiri guru-guru JISADANI, ahli muzakarah seperti yang berbahagia Tuan Haji Hasan b. Ibrahim seorang bekas Guru Besar berusia 75 tahun yang sangat berpengalaman, berasal dari negeri ‘Hang Tuah’, ahli qariah seperti  Tuan Haji Mat Nor dan Tuan Haji Halimi b. Nayan serta para pelajar Madrasah Lil Banat Sayidatina Nafisah Al-Jenderami.
Alhamdulillah pada 27 Jun 2010, pihak JISADANI telah julung-julung kalinya menganjurkan majlis khatam Al-Quran kali pertama yang melibatkan seramai 69 orang pelajar-pelajar JISADANI yang telah khatam Al-Quran sejak 1 tahun pengajian Al-quran pada sessi pagi diperkenalkan.

Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan suatu program yang dijalankan untuk  memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam Al-Quran. Dahulunya, majlis seumpama ini merupakan satu budaya di dalam kehidupan masyarakat melayu Islam di Nusantara.Namun di zaman mutakhirin ini, budaya ini kian lenyap dek arus zaman kemodenan, dimana masyarakat Melayu Islam sudah tidak lagi menghargai tuntutan Islam dan tidak menjadikan pelajaran agama sebagai keutamaan dalam kehidupan keluarga terutamanya anak-anak generasi baru.Majlis ini diadakan di Pusat Kecemerlangan Insan Al-Jenderami  bagi menghimpunkan semua pelajar yang telah khatam Al-Quran dalam suasana yang ceria, harmoni dan meriah ke arah meningkatkan minat dan kecintaan kepada kitab suci Al-Quranul Karim serta mengembalikan tradisi budaya Masyarakat Melayu Islam.Besarnya harapan kami agar program ini dapat menjadi satu suntikan semangat kepada pelajar yang telah khatam Al-Quran agar memperhalusi, mendalami dan menjadikan bacaan Al-Quran itu sebagai amalan harian. Disamping itu juga program ini diharapkan dapat menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar lain agar mencontohi dan bersungguh-sungguh di dalam pembacaan Al-Quran.

Bagi menyambut seruan Al-Fadhil Sheikh Muhd Hafidz b. Hj Selamat iaitu Penasihat Yayasan Al-Jenderami (YAJ) dan Mudir Madrasah  Al-Jenderami  serta  pengasas JISADANI, para pendidik JISADANI telah bertungkus-lumus mengajar para pelajar untuk mahir membaca Al-Quran, setiap hari bermula jam 7.30 hingga 9.00 pagi dari hari Isnin hingga Jumaat. Tenaga pengajarnya terdiri guru-guru JISADANI, ahli muzakarah seperti yang berbahagia Tuan Haji Hasan b. Ibrahim seorang bekas Guru Besar berusia 75 tahun yang sangat berpengalaman, berasal dari negeri ‘Hang Tuah’, ahli qariah seperti  Tuan Haji Mat Nor dan Tuan Haji Halimi b. Nayan serta para pelajar Madrasah Lil Banat Sayidatina Nafisah Al-Jenderami.  Alhamdulillah pada 27 Jun 2010, pihak JISADANI telah julung-julung kalinya menganjurkan majlis khatam Al-Quran kali pertama yang melibatkan seramai 69 orang pelajar-pelajar JISADANI yang telah khatam Al-Quran sejak 1 tahun pengajian Al-quran pada sessi pagi diperkenalkan.

lihat album

Pendaftaran Pelajar Baru dan Lama JISADANI 14 Nov 2010 (Ahad)

 

Makluman untuk Ibu/Bapa/Penjaga. Sesi pendaftaran pelajar baru dan lama akan diadakan pada 14 November 2010 bersamaan hari Ahad di Balai Besar Al-Jenderami mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

 

Pendaftaran pelajar baru hanya dibuka kepada yang berumur 6, 7 dan 8 tahun sahaja.

 

Sila pastikan dokumen berikut dibawa :

  1. Salinan surat beranak pelajar

  2. Salinan kad pengenalan Ibu & Bapa/Penjaga.

  3. Pelajar baru diwajibkan menduduki satu ujian bertulis.

  4. Ibu & Bapa/Penjaga pelajar baru juga harus mengikuti taklimat khas yang akan diberitahu masanya pada hari pendaftaran.

 

Read more: Pendaftaran Pelajar Baru 2011

Alhamdulillah wa shukrulillah, pada 23 & 24 Oktober 2010, New Management Team (NMT) dengan sokongan padu dari Kelab Penyokong Ibu Bapa JISADANI (KPIJ) telah menganjurkan Kem Anak Angkat JISADANI siri 1 bertempat di Rock Eco Resort, Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor. Kem ini diadakan setelah perancangan rapi sejak 3 bulan yang lalu.

 

Seramai 83 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini yang terdiri dari 57 orang pelajar dan 26 orang Ayah Angkat serta bapa-bapa dari kalangan ahli Qariah dan Muzakarah. Para peringkat awal perkhemahan ini dikhususkan kepada semua anak-anak yatim di bawah selian Yayasan Al-Jenderami dan para pelajar asrama JISADANI namun setelah mendapat sambutan yang menggalakkan, penyertaan telah dibuka kepada semua anak-anak lelaki kepada ahli Qariah dan Muzakarah Al-Jenderami yang menuntut di JISADANI.

Lihat Album

Read more: Kem JISADANI 2010
  •  Start 
  •  Prev 
  •  Next 
  •  End 

Page 1 of 2

Joomla templates by Joomlashine