logotype
You are here: Utama
  • Utama
  • Aktiviti
    • Madrasah
    • Kompleks Anak Yatim
    • Kompleks Warga Emas
    • Pusat Kecemerlangan
    • Kemudahan
      • Masjid al-Jenderami
      • Hotel
      • Astaka
      • Balai Besar
      • Warga Emas
      • Bistro
    • Travel & Tour
    • Dana & Wakaf
      • Sumbangan
  • Kalendar
  • Organisasi
    • Visi
    • Misi
    • Video Korporat
    • Kenali Kami
  • Galeri
    • Galeri Video
    • Al-Qatr
    • Gambar
    • Maulid Sedunia
    • Maulid 2013
  • Hubungi Kami
    • Peta
  • Login
facebook

latest images

image1 image2 image3 image4
Written by
Wan Mohamad Malini Wan Ahmad
Last Updated:
16 November 2013
Hits:
2801

Lawatan dari Bengkel Bina Insan , Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan

Sabtu 10 Julai 2010 , Seramai 80 orang muslimat dari Bengkel Bina Insan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutuan telah melawat Yayasan Al-Jenderami . Rombongan yang diketuai oleh Pn.Mariam Paidi pada mulanya dijadualkan melawat YAJ pada bulan Jun lepas namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tarikhnya ditunda ke hari ini. Menurut Pn. Mariam beliau membawa 6 anggota dari setiap satu cawangan KEMAS yang mana terdapat 30 cawangan KEMAS di ibunegara dan baki anggotanya akan dijadualkan melawat YAJ pada masa akan datang. Taklimat mengenai aktiviti YAJ dan lawatan sekitar kompleks YAJ termasuk menziarahi anak yatim serta warga emas banyak memberi peluang mengenali dengan lebih dekat warga YAJ serta silaturrahmi. Mereka turut kagum dengan aktiviti yang di jalankan , kebersihan kawasan dan pembangunan yang tersusun di YAJ. Akhir lawatan , peserta rombongan yang telah merasai produk roti bun al-jenderami  memborong kebanyakan produk roti yang di jual di koperasi Barakah Al-Jenderami. Rombongan mengucapkan ribuan terima kasih pada YAJ atas kesudian menerima rombongan mereka.
Written by
abuhosen
Last Updated:
16 November 2013
Hits:
2411

Lawatan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ke Al Jenderami

Rabu 7 Julai 2010, kali ini seramai 40 orang sukarelawan "veteran" dari Pusat Jagaan Harian Warga Emas Daerah Besut Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah melawat Yayasan Al-Jenderami. Rombongan yang diketuai oleh En. Wan    Zulfazlee ini kemudiannya diberikan taklimat tentang aktiviti di Al-Jenderami . Wakil rombongan juga menerangkan tentang aktiviti-aktiviti Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu serta bertukar-tukar pandangan . Rombongan kemudiannya dibawa melihat asrama anak yatim , warga emas dan Madrasah Nafisah lil Banat Al-Jenderami.
Di akhir taklimat Yayasan Al-Jenderami menghadiahkan cenderahati berupa bekas bohor khas Al-Jenderami dan pihak YPK juga membalas dengan plak YPK juga keropok Terengganu. Semoga lawatan tersebut memberi manfaat bersama antara Yayasan Al -Jenderami dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
Lihat Album
Written by
Wan Mohamad Malini Wan Ahmad
Last Updated:
16 November 2013
Hits:
4438

Kunjungan Rehlah dan Dakwah Habib Hamid b. Umar Al Habsyi di Malaysia

Ahad 4 Julai 2010 , Al Habib Hamid b. Umar Al Habsyi pimpinan Pondok Pesantren Ar Riyadh , Institusi Pendidikan Islam yang terkenal dikota Palembang telah datang ke Malaysia atas rangka dakwah , menghadiri jemputan walimatul urus dan ziarah selama 2 minggu. Beliau kali ini turut di temani oleh isteri dan anak-anak habib sendiri seramai 8 orang .
        Awal ketibaan habib Hamid Al Habsyi di manfaatkan dengan menghadiri beberapa majlis seperti Sambutan Mauliduurasul di Pejabat Kadhi Daerah Johor Bahru , majlis Ahbabul Mustofa di Kelantan  , Hol Hb Abd. Rahman Ben Yahya & Hababah Fadlun Abu Bakar Al Khired di Kuantan  Pahang , majlis tausiyyah di kediaman Sayyid Aminuddin Al Habsyi Seremban. Habib juga tidak ketinggalan untuk ziarah dan bermalam di Al Jenderami dimana habib berkesempatan memberi tausiyyah di surau At-Taufiqiah Kajang.

Read more: Kunjungan Rehlah dan Dakwah Habib Hamid b. Umar Al Habsyi di Malaysia

Written by
Wan Mohamad Malini Wan Ahmad
Last Updated:
16 November 2013
Hits:
2460

Majlis Hol Hb Abd. Rahman Ben Yahya & Hababah Fadlun Abu Bakar Al Khired di Kuantan , Pahang

Sabtu 3 Julai 2010 , telah diadakan Majlis Hol Al Habib Abd Rahman Ben Yahya & Hababah Fadlun Abu Bakar Al-Khired iaitu ayahanda dan bonda kepada Hb Agil Ben Yahya .  Majlis  telah diadakan di rumah Hb Agil Ben Yahya di Taman Guru Kuantan Pahang. Majlis yang di hadiri oleh para habaib , ulama' dan para muhibbin ini turut di serikan lagi dengan kehadiran Al Habib Hasan b. Ahmad Al-Attas , Hb Hamid b. Umar Al-Habsyi dari Palembang , Hb Ibrahim Ben Yahya , Sheikh Abd Razak Al-Misri dan Al Fadhil Tuan Guru Hj Mohd Hafidz b. Hj Selamat serta tidak ketinggalan juga rombongan Al Jenderami, termasuk pasukan hadrah. Bacaan Maulid Ad Daibaie dan tausiyyah oleh para ulama dan habaib yang hadir memberkahkan lagi majlis pada malam itu.
Lihat Album
Written by
Wan Mohamad Malini Wan Ahmad
Last Updated:
16 November 2013
Hits:
2310

Gotong Royong Perdana ke 2 di MUKAMMIL Sg. Ling , Pahang

Sabtu 3 Julai 2010 , Gotong Royong Perdana ke 2 telah di adakan di tapak pembinaan Kompleks Komuniti Islam Sg. Ling,Maran Pahang. Al Fadhil Tuan Guru Hj Mohd Hafidz mengetuai gotong royong dengan dibantu oleh penduduk- penduduk Sg. Ling dan rombongan ahli pengajian Al Jenderami. Gotong-royong bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir jam 3.45 ptg , bertujuan membina tapak madrasah. Ianya turut di hadiri oleh Hb Agil Ben Yahya dan jawatankuasa penaja Al Mukammil serta jemaah  qariah Sg Ling . Selaku tuan rumah , para sukarelawan telah dijamu  dengan nasi putih berlaukkan sambal ikan keli dan labu masak lemak. Insya Allah gotong royong ini akan diadakan lagi di masa terdekat akan datang dan marilah kita bersama-sama turut membantu dan menjayakan.
Lihat Album
  1. Sambutan Isra' Mikraj di Masjid Ubudiah , Seksyen 19 , Shah Alam
  2. Muzakarah Kitab Thurath Minhajul Abidin di Dewan Masjid Kg. Melayu Majidi , Johor Bahru
  3. Sambutan Mauliduurasul Pejabat Kadhi Daerah Johor Bahru
  4. Majlis Khatam Al Quran JISADANI
  5. Kunjungan Silaturrahmi Pondok Babussalam ke Yayasan Al Jenderami

Page 48 of 50

  • Start
  • Prev
  • 41
  • 42
  • 43
  • 44
  • 45
  • 46
  • 47
  • 48
  • 49
  • 50
  • Next
  • End
.
Jadual Pengajian

Login Form

  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
2019  Yayasan Al-Jenderami   globbers joomla templates
top