skip to Main Content
(603) 8768 0200 info@aljenderami.com.my


Arus perdana globalisasi, perlumbaan manusia mengejar duniawi, persaingan timur barat, kemelut peperangan, malapetaka yang melanda alam telah mencetus kesedaran insani Islami. Untuk bersedia menghadapi cabaran zaman maka lahirlah – Yayasan Al Jenderami (“YAJ”)

YAJ adalah merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuh pada tanggal 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965 No Syarikat 619317-K. Bermula dengan sebuah pusat pengajian Islam (sistem tradisional) di Desa Jenderam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, ia kini telah dihimpit oleh rangkaian pembangunan moden Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mencetuskan anjakan paradigma seterusnya mengubah pusat ini kepada sebuah yayasan dengan organisasi lebih tersusun sebagai langkah untuk memastikan ia mengikuti peredaran masa dan tuntutan persekitaran. Walau bagaimanapun, Yayasan Al-Jenderami tetap kekal sebagai sebuah organisasi yang berpegang teguh pada landasan Islam.

VISI : Yayasan Al-Jenderami bermatlamat untuk mengumpul, menjana dan mengurus dana bagi tujuan keagamaan, kebudayaan, pendidikan, sosial dan kebajikan bagi umat Islam khususnya dan sekalian manusia amnya.

MISI:

– Pembangunan ekonomi & pelaburan
– Pembangunan pendidikan : agama, akademik, kemahiran & teknologi maklumat
– Pembangunan insan
– Pembangunan media & perhubungan awam
– Pembangunan dana
– Perhubungan serantau & kemanusiaan
– Pentadbiran harta & penyelenggaraan

download free uapkmod,action game apk mod, android apps apk mod

Back To Top