Skip to content
(603) 8768 0200 info@aljenderami.com.my

MAULID AKBAR & HAUL MASYAIKH AL-JENDERAMI 1447 HIJRAH

Dengan rasa hormat dan kesyukuran, Yayasan Al-Jenderami memaklumkan serta menjemput seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, para pencinta junjungan untuk bersama-sama menghadiri majlis:

✨MAULID AKBAR & HAUL MASYAIKH AL-JENDERAMI ✨

JUMAAT – SABTU,

26 & 27 September 2025 | 4 & 5 Rabiul Akhir 1447H

Majlis penuh keberkatan ini merupakan wadah memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta mengenang jasa para masyaikh yang mulia, di mana rahmat dan barakah Baginda diharap akan melimpahi sekalian yang hadir.

Semoga dengan kehadiran hadirin, terbukalah pintu keberkatan, bertambah rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta beroleh limpahan rahmat dan syafaatnya pada hari yang dijanjikan. Mudah-mudahan kita semua dihimpunkan di bawah panji-panji Baginda pada hari akhirat kelak, bersama para masyaikh dan aulia yang solihin.

Back To Top