PROGRAM REHLAH KELUARGA BAHTERA MELAYU MERDEKA AL-JENDERAMI 2026 Rehlah Keluarga Sempena Sambutan Bahtera Melayu Merdeka…
PROGRAM DAURAH AL-JENDERAMI : ASAS FARDU AIN
Daurah Asas Fardu Ain dan Pengenalan kepada Pengajian Kitab Turath akan diadakan selama 6 hari 5 malam bermula pada 5-10 Mei 2026 | 17-22 Zulkaedah 1447H di Perkampungan Melayu Islam Al-Jenderami, Dengkil, Selangor.
Program ini memberi tumpuan kepada penguasaan ilmu asas Fardu Ain yang merangkumi tauhid, fiqh dan tasawuf secara teori dan praktikal. Para peserta juga akan didedahkan dengan pengajian kitab turath melalui bimbingan serta perkongsian daripada tenaga pengajar yang berpengalaman.
Untuk pendaftaran:
https://forms.gle/KA6PWELLg5FyhwqX8
Orang ramai dijemput untuk mendaftar segera bagi menyertai program yang penuh manfaat ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di atas.
“Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR. Muslim)

