Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk menikmati kemeriahan Festival Bahtera Merdeka Al-Jenderami 2026.…
UNDANGAN RASMI MAULID AKBAR DAN HAUL MASYAIKH AL-JENDERAMI

Dengan rasa hormat dan kesyukuran, Yayasan Al-Jenderami memaklumkan serta menjemput seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, para pencinta Baginda SAW untuk bersama-sama menghadiri majlis:
MAULID AKBAR & HAUL MASYAIKH AL-JENDERAMI JUMAAT – SABTU,
18 & 19 September 2026 | 6 & 7 Rabiul Akhir 1448H
Majlis penuh keberkatan ini merupakan wadah memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta mengenang jasa para masyaikh yang mulia, di mana rahmat dan barakah Baginda diharap akan melimpahi sekalian yang hadir.Semoga dengan kehadiran hadirin, terbukalah pintu keberkatan, bertambah rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta beroleh limpahan rahmat dan syafaatnya pada hari yang dijanjikan bersama para masyaikh dan aulia yang solihin.
