Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk menikmati kemeriahan Festival Bahtera Merdeka Al-Jenderami 2026.…
PROGRAM DAURAH AL-JENDERAMI : TAHSIN AS-SOLAH



PROGRAM DAURAH AL-JENDERAMI : TAHSIN AS-SOLAH
Daurah kesempurnaan & Keindahan Sembahyang akan diadakan selama 4 hari 3 malam bermula pada 29 Oktober hingga 1 November 2026 | 18 hingga 21 Jamadilawal 1448H di Perkampungan Melayu Islam Al-Jenderami, Dengkil, Selangor.
Program ini memberi tumpuan kepada penghayatan ibadah solat dengan penuh kesempurnaan dan keindahan sebagaimana dituntut dalam Islam. Melalui kitab turath, para peserta berpeluang menimba ilmu melalui pengajaran, bimbingan serta perkongsian bersama tenaga pengajar berpengalaman.
Untuk pendafataran:
https://forms.gle/QNQ2vju8iM9YjbEc8
Orang ramai dijemput untuk mendaftar segera bagi menyertai program penuh keberkatan ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di atas.
“Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR. Muslim)
